SEPUTARBERITA27- Penyanyi
popular Indonesia, Acha Septriasa mengakui bahawa dia terpaksa memisahkan diri seketika dari
rakan terdekat dek kesibukan berlakon di lokasi pengambaraan
Acha sendiri sedar mengenai perkara terssebut dan beliau
mempunyai alasan yang tersendiri. Apa yang dikatakan oleh orang hanya dipandang
sepi sahaja.
“Saya sedar tentang perkara itu sudah lama. Dahulu saya juga
punya ramai kawan baik tetapi dek kerana kesibukan di lokasi penggambaran
membuatkan hubungan itu makin jauh. Bukan bermakna saya sudah melupakan mereka
tetapi kami hanya dipisahkan oleh jarak dan waktu.”
“Sebab itu bila orang kata saya sudah buang kawan, saya hanya
tersenyum. Keadaan itu memang benar-benar terjadi kepada saya secara peribadi.”
Namun, jika mempunyai masa yang terluang, tentu pasti Acha
akan meluangkan masa bersama keluarga. Tetapi untuk mencari masa lapang itu
adalah satu masalah besar baginya kerana dia terlalu sibuk dengan dunia lakonannya.
“Setiap kali terlibat dalam produksi
filem, biasanya akan memakan masa selama dua bulan. Cukup enam filem setahun
dan saya sebenarnya sudah tidak punya waktu untuk perkara lain termasuklah hal
peribadi.”
Malah, Acha menjelaskan bahawa dek kesibukannya itu
menyebabkan dia tidak sempat untuk bernikah.
“Dahulu saya pernah merancang untuk
bernikah pada tahun 2014 tetapi tidak jadi. Saya hanya menangis seharian sahaja
dan selepas itu semuanya kembali normal dek tuntutan tugas di lokasi
penggambaran.”
Walaupun dia dilabel sebagai ‘lupa diri’ oleh rakan-rakannya
namum apa yang penting tawaran lakonan sentiasa ada malah industri masih
menerima Acha sebagai teraju utama.
“Jadi bila dikatakan saya tinggalkan
rakan-rakan itu memang benar. Tapi dalam hal lain saya bersyukur kerana
industri filem di Indonesia masih menerima saya sebagai teraju utama. Itu sudah
cukup membuatkan saya teruja dan gembira.”
Apapun, semoga Acha tabah hadapi ujian ini. Mungkin Acha
perlu memilih salah satu antara keduanya. Apapun, setiap kejadian itu pasti ada
hikmahnya.



0 comments:
Post a Comment